Kisah ini bukanlah kisah tentang saya. Tetapi, kisah ini
adalah kisah benar sahabat saya yang
sangat bertuah, saya kira. Bukan semua orang mampu menerima nasib sepertinya.
Dia sesungguhnya sangat bertuah kerana insyaAllah kisahnya ini diredhai Yang
Maha Satu.
Macam manalah kalau andainya awak adalah seorang perempuan
yang berumur 19 tahun dan pada suatu hari tu, awak dapat tahu
yang ada orang meminang awak. Padahal awak masih belajar, dan rasa diri awak
sangat tak layak lagi untuk mendirikan rumah tangga.
Dan, kawan saya ni pun reject proposal tu, sebab dia rasa dia
kecik lagi. Sebab dia muda lagi untuk bernikah. Sebab dia rasa dia nak fun dulu kot sebelum masanya dia mendirikan rumahtangga. Mak dia padahal cakap
kalau dia terima lelaki itu, ramai orang yang akan gembira dengan keputusannya.
Dan, lelaki itu propose dia buat kedua kalinya. Dan, kali ni,
dia tahu ramai yang mengharap dia menerima lelaki tu. Lelaki itu baik, itu dia
tahu. Dan pandai juga! Siapa yang tak pandai kalau masuk ke UTP kan?
Kemudiannya, kawan saya ni dapat kamera daripada lelaki tu.
Dan tahu apa? dalam kamera ni, lelaki tu propose dengan cara
yang sweet sangat. Sangat-sangat sweet! Sangat sangat sangat sweet! Dan kawan
saya ni, sangat sangat sangat terharu! Tak pernah dalam hidupnya ada lelaki yang
cuba memikatnya dengan cara ini. Dia menangis kerana terlalu terharu.
Sangat-sangat terharu apabila lelaki yang kita tak pernah kenal sebelum ni,
tapi meminang kita dengan cara yang sangat sangat sweet.
Dan, kawan saya yang solehah ini pun menjawab proposal lelaki ini dengan ambil gambar jugalah sebagai jawapan kepada proposal lelaki itu. Akhirnya, dia menerima pinangan lelaki ini dengan rasminya. Dan tentunya, ramai yang bahagia dengan berita gembira ini. Wah! Bahagia sekali! Andailah semua lelaki seperti lelaki ini, cuba menjadikan perempuan itu menjadi miliknya dengan cara halal ini, maka dunia mungkin akan menjadi one step to jannah.
Saya gembira dengan awak berdua, Dena dan Ariff! Saya sangat gembira! Gembira sebab awak adalah contoh tauladan kepada couple-couple di luar sana supaya memilih jalan yang lebih baik untuk bersama.
So, saya harap kisah saya nanti mungkin serupa awak walaupun tak sama, Dena, tapi moga-moga saya pun menemui happy ending dalam kisah saya. InsyaAllah! Semoga Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang soleh walaupun saya tahu saya tak layak untuk mendapat lelaki seperti ini. Semoga saya lebih solehah daripada saya sekarang! InsyaAllah!
p/s: saje je, dah tak ada entry lain nak buat.....nak kawen ^__^
Dengan cinta, mina aziz
No comments:
Post a Comment