silalah kalau nak follow ^_^

Friday, March 30, 2012

holy day ^_^

hehe..this is not going to be about holy day holyday..but this is going to be about my holiday for about a week after mid semester break..hurm, so far, it's awesome!! hehehe...coz what??hehe, i have had so much fun for this week..my sis n my young aunty brought me to play along with them at theme park at time square..feeling? (macam budak kecik)

"hurm....nice!!opsss, awesome!!"

hehe...but sorry ya, coz i felt very dizzy after played space attack..i thought it's going to be like we are on the space and we attack each other without any dangerous scenes...hehe, but guess not...true! i'm not that tough! true! aiyak!! i hate.....to admit that~


hehe, thought i'm not capable of going to genting..hehe. it's going to be more challenging there..hehe! guess i'll give up! no? hurm,,i'll think about that later~

seriously, i'll tell u ha,,,if u a..not tough aa, ok aa, like me aa,, so seriously seriously serious take my advice,,do not ever try space attack first coz it will turn u upside down and and u'll no longer see that this world is exciting/amazing/beautiful.....

please! please! please! do not take this advice lightly! please if u wanna have fun, just go to the ordinary places..hehehe...no lah, this is just me who is not very brave..yup! admit that once again!hehe~ but seriously, if i ever want to go there once again (IF_), i'll make sure that i won't get dizzy easily or i'll make sure that i won't vomit after that..(huh..kantoi!) u vomit la kan??....

"hurm...thought so"

OK lah...this is the end..i wanna do something else...see ya later, my precious blog!! hehe~

with love and care,

~miena izuera~

Thursday, March 29, 2012

berjalan dalam kegelapan

sebenarnya tak ada entry ni,,saja nak taip macam tweet tweet...hehehe...hehe, macam nak talk about pejalan dalam kegelapan ni..orang-orang seperti ini adalah orang yang tak jumpa cahaya dalam hidupnya.. bukanlah nak merujuk kepada sesiapa, tapi nak cakap yang orang-orang seperti ini, mungkin awak, mungkin saya, mungkin bukan kita dua, tapi orang lain...sepatutnya berusaha sedaya-upaya mungkin untuk cari cahaya dalam hidupnya...

apa cahaya yang saya cakap ni? cahaya apa erk??

erm, bukan cahaya torchlight tau, tapi cahaya keimanan, or cahaya ad deen, cahaya Islam..kenapa Islam? kenapa bukan agama lain? sebab orang-orang yang bukan Islam ni sebenarnya pun Islam juga semasa dia dilahirkan, kiranya lahir dalam cahaya, tapi apabila ibu bapanya mencorakkan dia dengan kesesatan, maka dia pun turut sama jadi buta,,mereka sama-sama jadi pejalan dalam kegelapan sama seperti ibubapanya...

maka, apakah yang awak cuba usulkan ni, mina? kita tahu tak ada siapa sangat yang nak baca entry awak ni~~~ (=P)

saya nak cakap dekat sini yang tugas siapa untuk bawa balik mereka-mereka yang berjalan dalam kegelapan ni untuk kembali berjalan dalam cahaya? tugas nabi?

of course kita tahu yang nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W...Nabi sudah tak bersama kita.

jadi tugas siapa?
yelah..pikir-pikirlah tugas siapa?
pemimpin?
eerm,,.ye, pemimpin!
pemimpin tu siapa? our own pemimpin yang sedang berkalut untuk politik?
erm,,jadi siapa?

hey, awak ni! awak pon pemimpin apa?

awak ingat tak hadith ni??

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".


(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,

Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


then, awak nak menafikan tentang penciptaan awak??

apakah? 

awak yang diciptakan untuk menjadi pemimpin..

awak yang dipilih untuk menjadi khalifah~

awak yang special...

awak yang dicipta tak sia-sia~

awak yang cantik penyempurnaannya,

awak yang patuh pada suruhan Dia~

awak yang baik segala-galanya,

maka berubahla menjadi lebih baik..

saya??

saya pun tengah try...jadi, jom kita berubah sama-sama, untuk mencari syurga Allah, bukan syurga dunia~

with love and care~

_miena izuera_

Sunday, March 18, 2012

~Cinta ke syurga~

Kisah ini bukanlah kisah tentang saya. Tetapi, kisah ini adalah  kisah benar sahabat saya yang sangat bertuah, saya kira. Bukan semua orang mampu menerima nasib sepertinya. Dia sesungguhnya sangat bertuah kerana insyaAllah kisahnya ini diredhai Yang Maha Satu.

Macam manalah kalau andainya awak adalah seorang perempuan yang berumur 19 tahun dan pada suatu hari tu, awak dapat tahu yang ada orang meminang awak. Padahal awak masih belajar, dan rasa diri awak sangat tak layak lagi untuk mendirikan rumah tangga.

Dan, kawan saya ni pun reject proposal tu, sebab dia rasa dia kecik lagi. Sebab dia muda lagi untuk bernikah. Sebab dia rasa dia nak fun dulu kot sebelum masanya dia mendirikan rumahtangga. Mak dia padahal cakap kalau dia terima lelaki itu, ramai orang yang akan gembira dengan keputusannya.

Dan, lelaki itu propose dia buat kedua kalinya. Dan, kali ni, dia tahu ramai yang mengharap dia menerima lelaki tu. Lelaki itu baik, itu dia tahu. Dan pandai juga! Siapa yang tak pandai kalau masuk ke UTP kan? Kemudiannya, kawan saya ni dapat kamera daripada lelaki tu.

Dan tahu apa? dalam kamera ni, lelaki tu propose dengan cara yang sweet sangat. Sangat-sangat sweet! Sangat sangat sangat sweet! Dan kawan saya ni, sangat sangat sangat terharu! Tak pernah dalam hidupnya ada lelaki yang cuba memikatnya dengan cara ini. Dia menangis kerana terlalu terharu. Sangat-sangat terharu apabila lelaki yang kita tak pernah kenal sebelum ni, tapi meminang kita dengan cara yang sangat sangat sweet.

Dan, kawan saya yang solehah ini pun menjawab proposal lelaki ini dengan ambil gambar jugalah sebagai jawapan kepada proposal lelaki itu. Akhirnya, dia menerima pinangan lelaki ini dengan rasminya. Dan tentunya, ramai yang bahagia dengan berita gembira ini. Wah! Bahagia sekali! Andailah semua lelaki seperti lelaki ini, cuba menjadikan perempuan itu menjadi miliknya dengan cara halal ini, maka dunia mungkin akan menjadi one step to jannah.

Saya gembira dengan awak berdua, Dena dan Ariff! Saya sangat gembira! Gembira sebab awak adalah contoh tauladan kepada couple-couple di luar sana supaya memilih jalan yang lebih baik untuk bersama.

So, saya harap kisah saya nanti mungkin serupa awak walaupun tak sama, Dena, tapi moga-moga saya pun menemui happy ending dalam kisah saya. InsyaAllah! Semoga Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang soleh walaupun saya tahu saya tak layak untuk mendapat lelaki seperti ini. Semoga saya lebih solehah daripada saya sekarang! InsyaAllah!

p/s: saje je, dah tak ada entry lain nak buat.....nak kawen ^__^

Dengan cinta, mina aziz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...