silalah kalau nak follow ^_^

Friday, December 31, 2010





SELAMAT TAHUN BARU SEMUANYA!!!
(hope 2011 will be gOOd,,,)

mulakan tahun baru dengan senyuman,,,hehe..
saje nak capap gambar adik saya yang tak berapa nak cute ni dekat sini..hehe..


Tuesday, October 19, 2010

love love love...

to love someone is nothing :(


to be love by someone is something:|


to be loved by someone u love is exciting:)


but to be loved by ALLAH is everything:D


ALLAH loves u!!!


Saturday, October 9, 2010

kata-kata


hurm,, cerita ini bukan rekaan, cerita ini bukanlah ciptaan,
true story untuk dijadikan pedoman,
bukan ingin mengutuk atau memerli pun,
tapi ikhlas dari hati supaya sesiapa sahaja yang membaca akan mendapat pengajaran..

mereka baru sahaja mula berchatting. si gee(gadis) dan si ell(lelaki) masing-masing mula berkenalan melalui facebook. si gee bukanlah yang sangat cantik rupawan, tapi kecantikannya tetap ada.keramahannya dan kecelotehannya pun boleh membuatkan orang lain pun jatuh suka.si ell pula adalah lelaki yang bijak menarik hati si gee tadi,walaupun bukanlah lelaki yang terhensem pernah dijumpai si gee, mereka tetap tertarik antara satu sama lain.

mereka belum pernah berjumpa dan masing-masing sudah merasakan perasaan jatuh cinta buat kali pertama. apakah ini namanya cinta yang sebenar-benarnya? lalu dengan persetujuan, masing-masing telah sah menjadi couple. couple yang InsyaAllah tidak akan melanggar hak syariah agama. mereka berjanji tidak akan berjumpa kecuali dengan kehadiran orang ketiga atau keempat.

lalu mereka berjumpa pula. setelah sekian lama berulam kasih, setelah perkataan sayang sudah sebati di mulut si ell dan perkataan abang sudah sebati di mulut sang gadis, setelah sudah banyak cemburu dicurahkan si gee, setelah banyak sekali kebimbangan yang ditunjukkan si ell, setelah penat lelah memikirkan planning majlis perkahwinan idaman, akhirnya mereka hilang rasa cinta. kerana apa? cinta itu milik Yang Esa cuma. milik Dia! milik Dia untuk Dia beri ketika Dia mahu dan ambil semula apabila Dia hendakkannya. lalu sia-sia sahaja kata-kata cinta yang diluahkan pada si ell. dan rugi sahajalah wang pitis yang ditaburkan buat si gee. kerana masing-masing sangka mereka akan bertahan lama. dan selepas itu, si gee dan si ell masing-masing bertemu dengan gee dan ell lain pula di laman facebook. dan dengan cerita yangg sama, mereka mula menaruh harapan pada ell dan gee yang lain pula untuk menabur rasa cinta mereka. lalu, adakah ini perlu dalam kehidupan kita? kita mengaku kita mencari cinta suci yang Illahi, lalu mengapa give up dan mencari cinta manusia? kita mengaku kita hamba yang redha, tapi mengapa menangisi cinta yang sudah pergi dan tak pasti? kenapa kita rela memilih mati yang tak direstui Illahi? astaghfirullah robbal baghoya..astaghfirullah! manusia! kenapalah kau kata dunia ini kejam sedangkan kau yang mengagung-agungkannya? kenapalah kau kata kau sudah puas di dunia sedangkan banyak lagi yang perlu kau pelajari. ilmu kau bukan bermula daripada satu, manusia! bukan juga dua! tiga pun tidak apatah lagi beribu-ribu, berjuta-juta, mahupun berbillion trillion kerana kau bermula daripada zero. pengalaman ini adalah satu ilmu juga. ilmu pengajaran untuk menjadikan kau lebih kuat, lebih bijak dan yang paling penting, lebih mendekati Yang Maha Esa.

kepada yang ingin mencuba apa rasanya cinta, cubalah mencintai Tuhanmu dahulu, kelak InsyaAllah kau mendapatkan cinta yang diredhaiNya dan kekal sehingga ke syurga moga-moga. dan kepada yang pernah berputus asa dengan cinta, ingatlah! dunia ini sekali cuma. penyelesaian terbaik untuk mengubati cintamu adalah dengan kembali mencintai Sang Murabbi lebih daripada segalanya, InsyaAllah kau akan merasai ketenangan yang tak terbanding. ini bukanlah sekadar kata-kata. peringatan untuk diri ini juga agar tidak terus terpesong. INGAT! kau ingatkan aku dan InsyaAllah akan aku peringatkanmu!

Thursday, September 30, 2010

friends..

"janganlah kacau aku, Sue! kau carilah crossword puzzle lain!" Fasha menjerit geram. apa tidaknya! tangan Suraya sibuk menconteng atas kertasnya.
" tak nak!" Suraya tak nak mengalah.
"isy, Kie! kau tolonglah aku! Sue ni menyibuklah!"aku malas betul nak melayan karenah dorang berdua ni. mata aku masih lagi nak membaca tajuk berita di muka surat khabar hari tu.
'ANAK LARI DIPAKSA AYAH BERSEKOLAH!'
"cuba tengok ni!" diorang beri respon pada aku. masing-nasing membaca tajuk berita yang aku tunjukkan.
"isk3..kesian ayah dia!" balas Suraya sambil geleng-gelengkan kepala.
" bukanlah! kesian anak dia. dahlah kena paksa sekolah dekat sekolah yang dia tak suka, kena tinggalkan kawan-kawan dia lagi..kalau aku, memanglah aku lari jugak," bangkang Fasya.
"Kie, kau nak buat cerita daripada sini pulak ke? apa-apa pun, masukkan nama aku jadi heroin!" tuju Suraya pada aku. pengawas yang satu ni, memanglah! suka betul kenakan aku! sebaris gigi putih berseri milik aku ditunjukkan padanya.
"takmaulah! watak hang aku letak jadi makcik cuci tandas bolehlah,"Suraya terjengil pada aku. itulah! suka sangat mengenakan orang lain. sekali diri dia terkena, baru padan muka! aku dan Fasya tergelak sakan mengusik dia yang sudah malu sendiri.
'hey, kawan! korang kat sini rupanya.puas kteorang cari dekat kantin." Dina dan Lea! geng kami juga. kami sememangnya berlainan kelas tapi kami selalunya berlima.memang kami rapat! begitulah!
"bincang apa?" tanya Dina. tangannya merampas surat khabar daripada aku.
"lah, ni pasal budak lari dari rumah. tahu tak ini si zaidi tu, budak bekas sekolah kita?" kata Dina serius!
"betul ke?" kami semua bagaikan tak percaya. si Zaidi tu dulu kecoh betul nk pindah sekolah. katanya, sekolah ni macam neraka. sekarang apa jadi? alahai..

* * *

"Fasha, nanti cerita pasal Fizik pada aku," aku pandang Fasha tak lepas.
"amboi, kau ingat fizik ni boleh nak buat hikayat macam cerita yang kau buat tu?" ye lah sangat! hikayat sang kancil dan sang kerbau..
" habis tu, aku tak paham hapak pun ni!"
"kalau bab form 5, okeyla kot! tapi bab-bab form 4, down sikitlah!"
"tak apa! thanks anyway!" Fasha teruskan bacaannya. tangannya diputar-putar sebab belajar 'left hand flamming'
aku pandang pula ke arah Suraya. khusyuk betul dia dengan latihan English dia. memag pakar dia dalam berbahasa Inggeris. sebab tu jugalah kot dia terpilih untuk mewakili pihak sekolah dalam debat Eglish sampai ke peringkat negeri.terer lah jugak!
"Sue, ajar aku English! nanti aku belanja roti!" hehe...rasuah ke ni? bukan tau!
'okey!" mudah saja dengan Suraya.
"dina, ajar aku Sejarah! Lea, ajar aku Add Math dengan Maths!" Dina terjengil pada aku. Lea pulak sengih je memanjang.anak orang kaya- kaya ni pun!beruntung jugak ku ada kawan macam dorang! kalau susah, ada yang tolong! tapi tu bukan main reason aku berkawan dengan dorang tapi sebab nilai-nilai yang mereka punya. sangat berharga! tak terbanding dengan harta yang membukit atau menggunung tu!
tapi dalam kami berkawan-kawan seperti ini, sebenarnya kami pun pernah bergaduh bagai nak rak juga! masa tu! aku ingat lagi!
"kau ni kenapa, Fasha? Din tu kan pakwe aku? yang kau gatal cakap-cakap manja dengan dia, kenapa? kau tahu tak yang sekarang ni dia nak clash dengan aku?" Dina dan Fasha! kedua-dua mereka memang mulut berbisa. bukan sikit tau! banyak!
"bila masa pulak aku cakap dengan dia? kau nampak ke? dia tu la yang start cakap dengan aku dulu! humm, ko kenapa hah? yang si Din pasang 4 belakang kau, kau tak tahu! yang dia cakap kat aku pasal mende kecik pun kau nak kecoh kan? hipokrit ar kau!" pedasnya mulut Fasha!
"hoi, bila masa pulak aku hipokrit? ko ingat aku ni macam Sue ke, belakang kita-kita, cakap lain. belakang cikgu, cakap lain hah? tolonglah sikit ea!" Dina balas balik.
" hey, apa pasal pulak aku kena? ni yang aku tak puas hati ni!" Sue mula berang.
"ey, dah la tu! pasal lelaki pun, nak gaduh! banyak lagilah kumbang kat luar sana tu!"aku mula masuk campur. kalau biarkan budak-budak ni, habis seluruh hikayat nenek kebayan sadaqallahul'azim hari ni!
"kau diamlah, mak nenek! mulut kau tu, dok masuk campur hal orang kenapa? macamlah kau tu pernah couple. entah-entah nanti dah kahwin, ko pulak jadi bini kedua,"wah! ayat Dina! serasa nak melayangkan tamparan ini ke muka dia!
dalam keadaan yang agak kecoh tu, tiba-tiba je suara Lea menangis kedengaran.cepat-cepat kami mendapatkan Lea.
"kenapa ni? sakit datang balik ke?" tanya Suraya cepat.
Lea memang berpenyakit ulu hati. payahlah kami jika penyakit itu menyerang dia kembali. kalau dahulu, kamilah yang selalu risaukan dia. dan, ternyata pergaduhan antara kami tidak dapat menghilangkan kebisaan itu. kami masih utuh! cuma angin utara kalimantan sedang menggegar tanah kami. kami harus pertahankannya.
"sorry, Lea! kiteorang janji takkan pernah gaduh lagi! so please! cepat-cepat baik tau!" aku yang cuba menyusun ayat.
"sorry, Lea! kalau tak ada, sape yang nak teman aku kat kelas? aku tak kenal orang lai. aku kenal ko je,"aduh! melampaulah tu! tapi ayatnya berjaya membuatkan Lea tergelak.
"sorry, "sepatah daripada mulut Sue!
"Lea, we're so sorry, kay? aku yang salah dalam hal ni! sorry, Dina! sorry, Sue! sorry, Kie! aku takmau hilang kawan macam korang! we're best friend ever, okey?" dan penyakit Lea tidak menyerang lagi. sampailah ke hari ini.

* * *

kalau dipikir-pikir, pernah juga kami sama-sama buat hal di sekolah. Sue si pengawas sekolah pun turut ikut serta. katanya, pengalaman berasrama hanya sekali seumur hidup. rugi kalau terlalu mengikut peraturan. padahal, Sue tu anak murid kesayangan guru besar lagi.haduih! parah betul kawan aku yang seorang ni! kalaulah tetangkap, pasti the end of the day lah untuk Sue.
kami ketika itu masih di tingkatan empat.malam itu, Cikgu Paliah selaku guru tergarang di sekolah ingin memberikan ceramah tentang disiplin selaku bakal guru disiplin tahun hadapan. tapi kami yang jahat-jahat semuanya ketika itu tak tersanggup untuk mendengar bebelannya di telinga kami. lantaklah apa nak jadi! lebih baik kami lari daripada menjadi orang bendul yang lain mendengar sahaja bebelan nenek kebayan tu. kami sudah lama menjadi penghuni sekolah ini. kami sudah arif tentang semuanya. secara teknikalnya sahajalah!
kami berniat hendak melepak di asrama sahaja. jadi kami hendak masuk ke asrama. persoalannya, pintu pagar asrama berkunci. kami tiada kunci, sudah tentu. lalu kami pun mula memikirkan idea kreatif untuk memanjat pagar asrama. dalam pada masa yang tak terduga itu, tiba-tiba satu suara kedengaran yang tentu sahaja menghantui kami sehingga sekarang pun.
"nak..pintu pagar ada dekat sebelah. kenapa anak-anak nak juga guna pagar yang dah nak roboh tu?"
"arghhhhh!!!" jerit kami semuanya. rupa-rupanya guard sekolah yang meronda saat itu. sudahlah badannya gemuk, pendek pula tu. nasib baik berbaju seragam lengkap. kalau tak, pasti kami samakan dia dengan yang kechik2, pendek dan gemuk tu. huh! kelakar pun ada juga. akhirnya, nama kami semua dibentangkan ke atas meja Cikgu Paliah. popular lagi kami semua!

(to be continued...malaslah nak tulis..tapi sure pomise ade akhirnya,,haha..lawak! cam ade yang nak bace jew...)








Tuesday, April 13, 2010

Today...13 april 2010























first stat..

salam perkenalan.
aku mutiara hati ibunda dan ayahanda
tanpa mereka aku tak
akan wujud di dunia..
aku bersyukur punya mereka
kasih yang tiada tandingan
belaian sayang yang berkekalan
dan cinta yang sentiasa mekar
ku kagumi
ketabahan jua kekuatan mereka
membesarkan aku
ibunda dan ayahanda

Semoga Allah sentiasa merahmatimu
dan menyayangi sebagaimana
kamu menyayangiku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...