silalah kalau nak follow ^_^

Tuesday, October 19, 2010

love love love...

to love someone is nothing :(


to be love by someone is something:|


to be loved by someone u love is exciting:)


but to be loved by ALLAH is everything:D


ALLAH loves u!!!


Saturday, October 9, 2010

kata-kata


hurm,, cerita ini bukan rekaan, cerita ini bukanlah ciptaan,
true story untuk dijadikan pedoman,
bukan ingin mengutuk atau memerli pun,
tapi ikhlas dari hati supaya sesiapa sahaja yang membaca akan mendapat pengajaran..

mereka baru sahaja mula berchatting. si gee(gadis) dan si ell(lelaki) masing-masing mula berkenalan melalui facebook. si gee bukanlah yang sangat cantik rupawan, tapi kecantikannya tetap ada.keramahannya dan kecelotehannya pun boleh membuatkan orang lain pun jatuh suka.si ell pula adalah lelaki yang bijak menarik hati si gee tadi,walaupun bukanlah lelaki yang terhensem pernah dijumpai si gee, mereka tetap tertarik antara satu sama lain.

mereka belum pernah berjumpa dan masing-masing sudah merasakan perasaan jatuh cinta buat kali pertama. apakah ini namanya cinta yang sebenar-benarnya? lalu dengan persetujuan, masing-masing telah sah menjadi couple. couple yang InsyaAllah tidak akan melanggar hak syariah agama. mereka berjanji tidak akan berjumpa kecuali dengan kehadiran orang ketiga atau keempat.

lalu mereka berjumpa pula. setelah sekian lama berulam kasih, setelah perkataan sayang sudah sebati di mulut si ell dan perkataan abang sudah sebati di mulut sang gadis, setelah sudah banyak cemburu dicurahkan si gee, setelah banyak sekali kebimbangan yang ditunjukkan si ell, setelah penat lelah memikirkan planning majlis perkahwinan idaman, akhirnya mereka hilang rasa cinta. kerana apa? cinta itu milik Yang Esa cuma. milik Dia! milik Dia untuk Dia beri ketika Dia mahu dan ambil semula apabila Dia hendakkannya. lalu sia-sia sahaja kata-kata cinta yang diluahkan pada si ell. dan rugi sahajalah wang pitis yang ditaburkan buat si gee. kerana masing-masing sangka mereka akan bertahan lama. dan selepas itu, si gee dan si ell masing-masing bertemu dengan gee dan ell lain pula di laman facebook. dan dengan cerita yangg sama, mereka mula menaruh harapan pada ell dan gee yang lain pula untuk menabur rasa cinta mereka. lalu, adakah ini perlu dalam kehidupan kita? kita mengaku kita mencari cinta suci yang Illahi, lalu mengapa give up dan mencari cinta manusia? kita mengaku kita hamba yang redha, tapi mengapa menangisi cinta yang sudah pergi dan tak pasti? kenapa kita rela memilih mati yang tak direstui Illahi? astaghfirullah robbal baghoya..astaghfirullah! manusia! kenapalah kau kata dunia ini kejam sedangkan kau yang mengagung-agungkannya? kenapalah kau kata kau sudah puas di dunia sedangkan banyak lagi yang perlu kau pelajari. ilmu kau bukan bermula daripada satu, manusia! bukan juga dua! tiga pun tidak apatah lagi beribu-ribu, berjuta-juta, mahupun berbillion trillion kerana kau bermula daripada zero. pengalaman ini adalah satu ilmu juga. ilmu pengajaran untuk menjadikan kau lebih kuat, lebih bijak dan yang paling penting, lebih mendekati Yang Maha Esa.

kepada yang ingin mencuba apa rasanya cinta, cubalah mencintai Tuhanmu dahulu, kelak InsyaAllah kau mendapatkan cinta yang diredhaiNya dan kekal sehingga ke syurga moga-moga. dan kepada yang pernah berputus asa dengan cinta, ingatlah! dunia ini sekali cuma. penyelesaian terbaik untuk mengubati cintamu adalah dengan kembali mencintai Sang Murabbi lebih daripada segalanya, InsyaAllah kau akan merasai ketenangan yang tak terbanding. ini bukanlah sekadar kata-kata. peringatan untuk diri ini juga agar tidak terus terpesong. INGAT! kau ingatkan aku dan InsyaAllah akan aku peringatkanmu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...